Follow Dashboard
You love music too?

TITLE; Amalan Menjadi 'Wanita Solehah'
Wednesday, 15 August 2012 | 22:22 | 0 comments
1. Mendirikan solat/sembahyang.

-> Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke
 atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan
lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yg terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya.

->Seseorang yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu.
Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan
 solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud 
solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah2kan nya.

3. Bersyukur dan redha.

->Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan
 ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. 
Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur
 dan redha dgn setiap pemberian Allah. Janji Allah dlm alquran,
 apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kpdmu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.

4. Selalu bersedekah.

->Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan 
bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama
 saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi
 sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri.

->Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya 
dengan menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta 
menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah.

->Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya. 
Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat 
semua perbuatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan
 kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt.

7.Menjaga amanah.

->Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya 
seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga.
 Amanah kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah ” kepada Engkau kami 
menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran.

->Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dgn istiqamah, 
menjaga amanah dan memelihara diri ,mestilah juga tahu mengaji Quran dan 
suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Kerana rumah yg tidak
 diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti sebuah kubur.!


Old things | New things