TITLE; --> Kelebihan Bertudung Labuh
Wednesday, 15 August 2012 | 22:52 | 0 comments
1. Bila kita cinta pada Allah, kita akan ikut suruhan Allah.
Allah suruh
kita patuh tutup aurat bila dah baligh.
Jadi, pakai tudung labuh ni
menepati saranan Allah.
Bukan sahaja dapat tutup aurat, tapi Allah sayang juga.
Bukan sahaja dapat tutup aurat, tapi Allah sayang juga.
2. Orang selalu kata, nampak macam panas
sahaja pakai tudung labuh-labuh. Berlapis-lapis.
Sebenarnya tidak. Bila ditanya pada para pemakai tudung labuh,
mereka menjawab langsung tidak panas seperti yang disangkakan.
Malahan, terasa nyaman sahaja dan cukup selesa.
Mudah dipakai, ringkas, tidak perlu buang banyak masa
pusing-pusing macam shawl dan pashmina.
3. Semestinya, bila kita ikut cakap Allah, Allah bagi kita pahala.
Bila tutup aurat, dapat pahala tutup aurat. Bila
tutup aurat dengan seikhlas hati pula, berlipat ganda pula
ganjaran yang Allah bagi.Syurgalah akhirnya bila istiqamah,
insyaAllah.
4. Sejuk mata memandang. Qurratu 'A'yun. Sejuk di mata dan di hati.
Sekaligus label solehah tu ditampalkan sekali pada
mereka yang bertudung labuh sempurna. Tidak hairan bila ada
yang sampai labelkan sebagai ustazah. Mereka layak untuk itu.
Sebab faham, agama Islam mesti tutup aurat. Faham ilmu agama.
Jika dah faham ilmu agama, sampaikanlah. Baru real ustazah.
5. Bila dah tutup aurat, bukan sahaja sejuk di mata kita tapi
juga menjaga maksiat mata. Menjaga mata lelaki dari
bertambah dosa. Lelaki pun segan nak menatap dan memerhati
orang yang mereka anggap solehah. InsyaAllah, lelaki jahat dan
miang juga akan menafikan niat jahat mereka itu terhadap anda.
6. Ya. Siapa berani menidakkan kecantikan, keayuan, kejelitaan,
kecomelan, kesopanan yang lebih terserlah bila memakai tudung
labuh dan menutup aurat dengan sempurna? Ini bonus tambahan yang
kamu dapat bila lakukan yang Allah
suruh.
7. Ikut kata al-Quran bererti ikut syariat Allah. Syariat
Allah pula ditaati oleh Rasulullah SAW dan perlu dipatuhi
oleh seluruh umatnya. Bererti, kita bukan sahaja sudah ikut Allah,
tapi ikut sunnah Nabi SAW. Tahniah.
8. Siapa kata hanya telekung solat sahaja boleh digunakan untuk bersolat.
Tidak. Pakai tudung labuh, kemudian bahagian-bahagian lain
tertutup dengan sempurna auratnya, maka boleh terus guna buat solat.
Pastikan pakaian betul-betul suci dan bersih. Pakaian yang bersih tanda
akhlak yang cantik.
9. Kita sentiasa mahu orang hormat kita.
Tapi jika kita tak hormat diri kita dengan mendedahkan aurat,
gedik, tidak jaga maruah, siapa akan hormat kita? Jadi, bertudung
labuh ini boleh mendidik diri supaya lebih menghormati diri sendiri.
Bila diri sendiri dah dihargai dan dihormati, nescaya orang sekeliling
juga akan menghormati diri kita.
10. Seterusnya, menyihatkan badan. Dari segi kesihatan pula,
boleh melindungi diri dari sinaran terik cahaya matahari
yang boleh merosakkan kulit, menjaga warna kulit,
mengelakkan dari debu dan kuman dan sebagainya. Anda lebih
arif dari saya dari segi kedoktoran.
11. Malu itu bunga iman. Dengan menutup aurat dan bertudung labuh,
bererti kamu masih ada rasa malu terhadap Allah.
Malu terhadap diri sendiri, malu terhadap masyarakat sekeliling.
Malahan malu dan bimbang Islam dimalukan kerana imej umat
Islamnya yang gagal menjaga bab aurat.
12. Secara tak langsung, bertudung labuh dan berakhlak
mulia insyaAllah menarik perhatian orang lain untuk mencintai
Islam. Menjadi suatu cabang dakwah dengan perbuatan.
Besarnya pahala bila niat untuk menyebarkan dakwah
Islam kepada masyarakat sekeliling.
13. Mereka yang bertudung labuh, layak dijadikan isteri.
Ciri-ciri yang sukar dicari di zaman penuh maksiat sekarang. Satu dalam seribu.
Jika dia dah terbuka hati pakai tudung labuh,bererti dia
mudah menerima nasihat agama. Orang yang mudah dan
rela menerima nasihat agama adalah orang yang terbaik untuk dijadikan
isteri.
14. Tanda-tanda dan amaran awal ke arah menjadi orang
yang bertaqwa. Taqwa bermaksud takut pada Allah.
Dia pakai kerana takutkan Allah, bererti dia sudah punya
rasa taqwa dalam diri. Orang-orang bertaqwa disebut acapkali
dalam al-Quran sebagai calon ahli Syurga.
15. Bukan nak tunjuk baik.Ya, bila kita pakai dengan ikhlas
bermakna kita bukan nak menunjuk-nunjuk. Sebenarnya orang
yang pakai tudung labuh ni, kebanyakannya nak berubah
untuk jadi lebih baik. Salahkah untuk jadi orang baik? Tidak.
Orang yang memperbaiki dirilah yang dinanti-nanti oleh Allah
dan Rasulullah di akhirat untuk diberikan ganjaran
Raudatul Jannah ( kebun-kebun Syurga ).



Im not nerd. Im just Smarter than you
Site
Your cbox code here
Skin by; 



